بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(¯`*•.¸♦ Godaan Wanita ♦¸.•*´¯)
⊰-♦ Imam Muslim dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Al-Zubair , bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :-
“ Sesungguhnya wanita itu , ketika datang dari depan , dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula .
*♦*.•*´¨`*•.*♦*.•*´¨`*•.*♦*.•*
Oleh sebab itu , jika salah seorang dari kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian , maka hendaklah segera mendapatkan isterinya , dengan itu dapat menolak (gejolak nafsu) yang ada di dalamnya .”
Syaitan itu membuat wanita kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya , agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah swt .
*♦*.•*´¨`*•.*♦*.•*´¨`*•.*♦*.•*
⊰-♦ Imam Al-Bukhari dan Imam muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Usamah bin Zaid ra bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :-
“ Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki sebab kaum wanita .”
⊰-♦ Imam Muslim juga meriwayatkan dalam shahihnya ,daripada Abu Said Al-khudri bahawa Rasulullah saw bersabda , maksudnya :-
“Hendaklah kalian takut terhadap (Godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita .”
⊰-♦ Ibnu Abbas mengatakan :-
“Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir , kecuali gara-gara wanita dan orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita(juga) .”
⊰-♦ Said Ibnu Al-Musayyab berkata :-
” Setiap kali syaitan berputus asa menganggu seseorang ,maka ia akan melancarkan ganguannya melalui wanita .”
*♦*.•*´¨`*•.*♦*.•*´¨`*•.*♦*.•*
Demikianlah dimana pelaku maksiat semakin terjerumus dalam dosa . Antara syaitan ini ada yang ‘pakar’ membuat indah pada tubuh wanita , sehingga tertarik kepada lelaki melihatnya .
Syaitan melakunya siang dan malam , tanpa putus asa sehinggalah ramai manusia terjerumus kepada dosa dan fitnah wanita ini .
*♦*.•*´¨`*•.*♦*.•*´¨`*•.*♦*.•*
~'o'~

No comments:
Post a Comment