Friday, 12 August 2011

ALLAH TAALA MENYERUPAI SEGALA SESUATU

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih
الْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن, وَالصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمْدٍ طهَ الأَمِيْنَ , وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِيْنَ, وَمَنِ اتَّبَعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ , وَأَشْهَدُ أَن لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لاشَرِيْكَ لَهُ , وَلا ضِدَّ وَلا نِدَّ وَلا زَوْجَةَ وَلا وَلَدَ لَهُ , وَلاشَبِيْهَ وَلا مَثِيْلَ لَهُ , وَلاجِسْمَ وَلاحَجْمَ وَلاجَسَدَ وَلاجُثَّةَ لَهُ , وَلا صُوْرَةَ وَلاأَعْضَاءَ وَلا أَدَوَاتَ لَهُ, وَلا أَيْنَ وَلا جِهَةَ وَلاحَيِّزَ وَلا مَكَانَ لَهُ , كَانَ اللهُ وَلا مَكَانَ وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَان , فَلاتَضْرِبُوا لِلَّهِ الأَمْثَالِ, وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الأَ عْلىَ, تَنَزَّهَ رَبِّيْ عَنِ الْجُلُوْسِ وَالْقُعُودِ ,وَعَنِ الْحَرَ كَةِ وَالسُّكُوْنِ وَعَنِ الاِتِّصَالِ وَالانْفِصَالِ ,لايَحُلُّ فِيْهِ شَيْء , وَلا يُحَنْلُ مِنْهُ شَيْءٍ , وَلا يَحُلُّ هُوَ فِيْ شَيْءِ ,لأَنَّهُ "لَيْس كَمِثْلِهِ شَيْءٌ", "مَهْمَاتَصَوَّرْتَ بِبَالِكَ فَاللهُ لا يُشْبِهُ ذَلِك", "وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِى الْبَشَرِ فَقَدْكَفَرَ", وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّنَا وَعَظِيْمَنَا, وَقَائِدَنَا وقُرَّةَ أَعْيُنِنَا مُحَمَّدًا ,عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَنَبِيُّهُ وَصَفِيُّهُ وَحَبِيْبُهُ وَخَلِيْلُهُ, صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى كُلِّ رَسُوْلٍ أَرْسَلَهُ .

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam : thaha dan al-amin. Dan ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat baginda yang baik dan suci serta ke atas pengikut mereka dengan kebaikan sehingga hari akhirat. Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah jua, Yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, tiada ada lawan, tiada ada tara, tiada ada pasangan dan tidak ada anak bagi-Nya, tidak ada penyerupaan dan tidak ada bandingan bagi-Nya. Dan tidak ada jisim, tidak ada ukuran, tidak ada jasad dan tidak ada tubuh badan bagi-Nya, tidak ada gambaran, tidak ada anggota besar, tidak ada anggota kecil bagi-Nya, tidak dikatakan “dimana”, tidak ada arah, tidak mengisi ruang kosong dan tidak bertempat bagi-Nya. Adalah Allah wujud tanpa bertempat dan Dia pada masa sekarang tidak bertempat. Janganlah kalian mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah dan bagi Allah jualah sifat yang Tertinggi. Maha Suci Tuhanku daripada perbuatan duduk, bergerak, diam, bersambung dan berpisah. Tidak ada sesuatupun yang bersatu pada Dzat-Nya dan tidak terakstrak (tidak bercerai) sesuatupun dari Dzat-Nya dan Dia tidak menempati di dalam sesuatu kerana tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya. Segala yang telah digambarkan tersebut. Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan suatu ciri dari ciri-ciri manusia (berjisim, berada di suatu tempat dan sebagainya), maka sesungguhnya ia telah kafir. Aku bersaksi bahawasanya penghulu kami, nabi kami, kebesaran kami, pemimpin kami, diri yang menyuruhkan hati kami melihatnya, Muhammad merupakan hamba-Nya, utusan-Nya, nabi-Nya, pilihan-Nya, kecintaan-Nya dan kekasih-Nya. Selawat dan salam ke atasnya dan juga ke atas sekalian rasul yang telah diutuskan oleh-Nya.

Allah ta`ala telah berfirman:

Maksudnya:
“Tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.
(Surah al-Syura: 11)

Ayat ini merupakan dalil yang amat jelas bahawa Allah ta`ala itu tidak menyerupai makhluk ciptaan-Nya daripada segenap segi. Sebarang perkara yang tergambar difikiran kita tentang Allah, maka Allah ta`ala berbeza dengan apa yang kita gambarkan itu. Oleh itu sebahagian ulama’ menyatakan: “Bagaimana sekalipun kamu gambarkan di fikiran kamu, maka Allah berbeza dengan apa yang kamu gambarkan itu”.


Al-Mufassir Fakhr al-Din al-Razi (W. 606 H) berkata dalam kitab tafsirnya yang berjudul al-Tafsir al-Kabir :
"((الْمَسْأَلَةُ الأُوْلَىْ)) اِحْتَجَّ عُلَمَاءُ التَّوْحِيْدِ قَدِيْمًا وَ حَدِيْثًا بِهَذِهِ الأَيَةِ فِيْ نَفْيِ كَوْنِهِ تَعَالَى جِسْمًا مُرَكَّبًا مِنَ الأَعْضَاءِ وَ الأَجْزَاءِ وَ حَاصِلاً فِي الْمَكَانِ وَ الْجِهَةِ, وَ قَالُوْا لَوْ كَانَ جِسْمًا لَكَانَ مَثَلاً لِسَائِرِ الأَجْسَامِ, فَيَلْزَمُ حُصُوْلُ الأَمْثَالِ وَالأَشْبَاهِ لَهُ".
Maksudnya:

"((Masalah yang pertama)): Ulama’ Tauhid sama ada yang dahulu mahupun sekarang berhujah dengan menggunakan ayat ini bagi menafikan keadaaan Allah ta`ala itu berjisim yang terbentuk daripada anggota-anggota dan juzuk-juzuk dan berada pada tempat serta arah. Mereka berkata: Jika Allah ta`ala itu jisim, maka bagi-Nya persamaan dengan sekalian jisim-jisim. Maka ini bermakna akan berlakulah persamaan-persamaan dan juga penyerupaan bagi Allah" .

Fakhr al-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, j. 14. h. 151.

فَمَعْنَى الآية أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَيْسَ لَهُ شَبِيْهٌ فَهُوَ لا يُشْبِهُ شَيْئًا مِنَ الْمَخْلُوْقَاتِ وَلا يُشْبِهُهُ شَيْءٌ.
Terjemahan:

Maka makna ayat ini, bahawa sesungguhnya Allah ta`ala tidak ada penyerupaan(sesuatu persamaan atau penserupaan atau bandingan) Maka Dia tidak menyerupai sesuatupun daripada makhluk-makhluk-Nya dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya.


"Maka Allah tidak menyerupai segala sesuatu".

اللهُ خَلَقَ النُّوْرَ لا يُشْبِهُ النُّوْرَ.

اللهُ خَلَقَ الظَّلامَ لا يُشْبِهُ الظَّلامَ.

اللهُ خَلَقَ الإِنْسَانَ لا يُشْبِهُ الإِنْسَانَ.

اللهُ خَلَقَ الْجِنَّ لا يُشْبِهُ الْجِنَّ.

اللهُ خَلَقَ الْمَلائِكَةَ لا يُشْبِهُ الْمَلائِكَةَ.

Allah yang menciptakan Nur (cahaya) tetapi Dia tidak menyerupai Nur (cahaya).

Allah yang menciptakan Gelap tetapi Dia tidak menyerupai Gelap.

Allah yang menciptakan Manusia tetapi Dia tidak menyerupai Manusia.

Allah yang menciptakan Jin tetapi Dia tidak menyerupai Jin.

Allah yang menciptakan Malaikat tetapi Dia tidak menyerupai Malaikat.

اللهُ خَلَقَ الأَجْسَامَ الْكَبِيْرَةَ وَخَلَقَ الأَجْسَامَ الصَّغِيْرَةَ فَلا يُشْبِهُ الأَجْسَامَ الْكَبِيْرَةَ وَلا يُشْبِهُ الأَجْسَامَ الصَّغِيْرَةَ.

Terjemahan:
Allah yang menciptakan segala jisim yang besar (benda-benda yang besar) dan Dia yang menciptakan segala jisim yang kecil (benda-benda kecil), maka oleh sebab itu, Dia tidak menyerupai jisim-jisim yang besar dan jisim-jisim yang kecil.

Takrif istilah-istilah yang dibincangkan di dalam ilmu Usuluddin:

ZAT QADIM= ALLAH, SEDIA KALA, TANPA TUMPANG SESUATU

ZAT BAHARU= ALAM, MAKHLUK

SIFAT= SIFAT BUKAN DIRI ZAT DAN BUKAN JUGA LAIN DARIPADA ZAT. Maksudnya, Sifat dan Zat tidak boleh dipisahkan.

JIRIM= BENDA YANG MENGAMBIL RUANG @
MENGAMBIL LAPANG UNTUK DIRI DIA SENDIRI. cth: Kita letak telefon di dalam gelas yang ada air, maka keluarlah air yang ada di dalam gelas tersebut kerana jirim tersebut ingin mengambil ruang untuk dirinya.

ARADH= SIFAT BAGI JIRIM, YANG BERUBAH-UBAH IAITU PERKARA YANG MENUMPANG JIRIM

JAUHAR= BENDA IAITU BARANG YANG BERDIRI SENDIRI DAN IA MEMPUNYAI ZAT DIRINYA SENDIRI DAN TIDAK MENUMPANG ZAT YANG LAIN.

JAUHAR FARDI= BENDA YANG PALING KECIL, TIDAK BOLEH DIPECAHKAN IAITU ATOM.

JAUHAR MURAKKAB= IAITU JISIM.

JISIM KATHIF= Sesuatu yang wujud serta dapat dipegang dan dirasai dengan tangan seperti: manusia, tumbuh-tumbuhan dll. Adapun sifat jisim seperti berubah, duduk atau bersemayam, berada di tempat atau arah.

JISIM LATHIF= Sesuatu yang wujud tetapi tidak dapat dilihat dengan penglihatan dan dapat disentuh dengan tangan seperti: cahaya, kegelapan, roh, angin, neraka, malaikat, syaitan, api.

JUZ'IYYAH= BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG MEMBENTUK SESUATU BENDA. seperti anggota badan yang membentuk diri manusia.

BERPIHAK= BERARAH IAITU ARAH YANG ENAM. hadapan, belakang, kanan, kiri, atas dan bawah.

TEMPAT= IAITU RUANG YANG DIPENUHI ATAU DILIPUTI OLEH JIRIM DAN SETIAP BENDA YANG BERTEMPAT ADALAH JISIM.

BAHARU= ASALNYA TIADA DAN IA BENDA YANG DIADAKAN.

ALAM= PERKARA YANG SELAIN DARIPADA ZAT ALLAH.

TAKLUK= PEKERJAAN/ PERBUATAN.

MAKHLUK= BENDA YANG KENA DIJADIKAN

MUMKINAT= BENDA YANG BOLEH ADA DAN BOLEH TIADA

ARASY= MAKHLUK YANG PALING BESAR DICIPTA OLEH ALLAH TA`ALA. BUKAN TEMPAT DUDUK ALLAH TA`ALA KERANA ARASY ADALAH JISIM DAN BERJISIM.

KURSI= MAKHLUK YANG KEDUA TERBESAR YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH TA`ALA. BUKAN TEMPAT DUDUK ALLAH TA`ALA KERANA KURSI ADALAH JISIM DAN BERJIRIM.

LANGIT= IALAH KIBLAT DOA DAN TEMPAT TURUNNYA RAHMAT. BUKAN TEMPAT TINGGAL ALLAH TA`ALA.

No comments:

Post a Comment