saya dilahirkan di kijal, kemaman, terengganu. tapi bukan lah kisah hidup saya ingin saya ceritakan. tapi kisah yang sama dengan tajuk catatan saya "KENAPA SAYA SAYANG KELANTAN". maka bermula kisah yang memulakan kecintaan saya pada semua negeri yang digelar negeri yang miskin dimalaysia. pada usia 13 tahun. pada tahun 2004 apabila pilihan raya kali 11. yang mengekalkan kemenangan pada PAS. pada masa itu dikatakan bahawa pemerintahan kerajaan kelantan akan tumbang dalam masa yang sangat singkat kerana hanya berbeza satu kerusi dengan pembangkang dikelantan. Maka selama 4 tahun penantian untuk melihat tumbangnya kerajaan itu tidak terjadi. Dan disaat itu hatiku ingin mengetahui apakah isi kekuatan dan keunikan negeri ini. Ku lihat tiada kekayaan tapi ku masih mencari apakah yang membuatkan hatiku sayang dan mulai jatuh hati.
Beberapa tahun kemudian apabila mengikuti perkembangan kelantan maka lahir lah seorang sultan yang sangat-sangat membuatkan hatiku jatuh cinta yang sangat mendalam rasa kasih sayang seorang sultan pada rakyatnya membuatkan hati ku tersentuh mungkin tidak dapat ditipu lagi bahawa titisan air mata pernah mengali kerana melihat seorang yang pemimpin yang tawaduk dan alim. Maka cinta ini berputik untuk setiap hari ku bercita2 untuk pergi mengetahui isi didalam kelantan. Dan impinan ini semakin hari semakin mendewasakan saya.
 |
|
Dan tibalah hari untuk saya kesana mengetahui apa isinya. selama ini bukan saya tak pernah sampai kelantan tapi sekadar berjalan tapi pada masa ini saya datang bagi menadah ilmu dibumi yang mendedahkan isi yang ada dibumi ini. Detik ini lah yang ku ingati bahawa disini tempat ilmu dan kerana ini mereka mempunyai negeri yang dirahmati dan dikasih. jugak kerajaan yang memperjuangkan islam jugak menterinya jugak apabila memandang kezuhudkan seorang menteri besar yang menjaga negerinya dengan islam maka hati jugak mengusik air mata apabila ku pandang ulamak ini.
ilmu disini sangat berharga ku temui, sebagai pedoman hidup ku. semoga berkekalan ilmu dan hidayah ini. Kesejahteraan rakyat kelantan dapat dilihat apabila kuliah agama sering dipenuhi oleh warga atau rakyat yang dahagakan ilmu maka ini lah negeri sejahtera dibumi malaysia.
Diakhir kata, semoga segala kebaikan yang berada dibumi kelantan berkekalan, semoga roh ini berkekalan sehingga keakhirnya,. maka doaku pada bumi ini agak ini lah kesejahteraan ini akan dibawa keseluruh malaysia. I LOVE KELANTAN
No comments:
Post a Comment