Wednesday, 3 October 2012

Anti ulamak kerana ilmu atau kejahilan


salam.."sekarang zaman dimana umat islam yang mengatakan Aku ikut Al-quran dan hadis tapi tak perlu ikut ulamak. kerana ulamak bukan betul hanya al-quran dan hadis sahaja betul. kalau ulamak itu ajar apa yang tiada didalam al-quran dan hadis, mereka ckap ulamak ini sesat buat perkara bidaah. mereka mula anti ulamak tanpa mereka sedari" 

saya nak tolong jawab untuk saudara kita yang mengatakan kenapa tidak payah ikut ulamak hanya ikut quran dan hadis:

1. siapakah ulama- mereka seorang yang tinggi ilmu agamanya dan sangat hampir ilmunya Para Nabi. sebagai contoh seorang pakar bedah (doktor ) mengatakan bahawa pesakit ini apabila melakukan pembedahan mungkin akan gagal. dan sanad saudarannya akan menagis kerana bukan tidak percaya pada doktor itu tapi mereka memikirkan bahawa pesakit itu akan gagal (bermaksud percaya pad doktor itu). soalan saya adakah anda percaya pda doktor itu ia boleh menipu anda, kenape kepercayaan itu sangat kuat pada doktor itu. (KERANA DIA SEORANG DOKTOR ). Maka samalah seorang ulama kita perlu percaya kerana ilmunya perpandukan Al-quran dan hadis. (tidak boleh ditidakkan bahawa ada ulamak yang menipu sama jugak doktor ada je menipu, tapi kebnyakkan tidak menipu)

2. siapa yang menulis hadis. - imam bukhari, imam muslim. imam baihaki. siapakah mereka saya lontarkan pda yg menolak ulama. dan semestinya mereka menjawab ulamak mujtahid. anda ada bukti dia seorang yang mujtahid dari mana anda dengar dan baca siapa yang tulis kitab itu, ulamak mana. mungkin mereka tipu. sebab itu mula2 tolak ulamak belajar makin tinggi-maki tinggi tertiba tolak hadis. semoga dijauhkan untuk umat islam. jadi jawapan saya mereka adalah ulamak yang menulis hadis dengan tertib yang sangat terbaik kerana keimanan mereka. jangan dibandingkan imam umat sekarng dengan imam ulamak2 ini. siapa berani berckap dihadapan musuh islam tanpa ada sebarang senjata dan mengetahui jika mereka bercakap benar maka akan mati. adakah kita umat seberani mereka. bergitulah ulamak yang kita tidak dapat nak menperkatakan keimanan mereka sehingga rahmat Allah taala turun merahmati ulamak ini. kerana kesucian hati2 para imam dan ulamak ini. (saya tidak mengatakan ulamak maksun kerana hnya nabi maksun). kalau melihat dalam segi ilmu ulama ini sehingga dalam penilaian hadis2 mereka sangat teliti sehingga mereka sangat menjaga pelakuan mereka dari melakukan dosa kecil sekali pun. (siapa yang tolak ulamak tak pernah tak buat dosa kecik seperti mereka).

3. hadis nabi S.A.W: “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi” [ Sunan Ibn Majah, Tirmizi dan Musnad Imam Ahmad ]. kita lihat bahawa Nabi S.A.W menyatakan tiada lain lagi yang mewarisi ilmu para nabi melainkan ulamak dan bagaimana mereka menjadi ulamak kerana : “Ilmu itu diperoleh dengan cara ta’allum (dipelajari dari guru), kefahaman itu dengan cara tafaqquh (bertemu dengan guru menagih kefahaman darinya) dan sesiapa yang Allah mahu baginya kebaikan, maka Allah akan memberikan kepadanya kefaqihan (kefahaman) dalam hal ehwal agama”.
[ Tarikh Dimashq Ibn Asakir ]. maka ilmu mereka dengan guru dgn cara yang sangat terpuji akan mendapat ilmu yang dimiliki oleh ulamak. (adakah kita bergitu sedangkan ulamak tak pernah keji guru mereka bila salah apatah lagi menolak guru mereka setelah menerima ilmu dari mereka). mereka bukan fakih dalam ilmu dengan hanya belajar tapi dengan kepujian akhlak yang tinggi membawa mereka memiliki ilmu yang tinggi.

4. maka dengan siapa kita akan kenal Al-quran , hadis. hukum hakam kalau bukan dari ulamak. berdasarkan firman Allah Taala :
“Hanya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah ULAMA“ [ Surah Al Fatir:28 ]. cube kita ckap dari mana belajar solat mestilah dari guru dan guru itu belajar dari mana adakah ilmunya terus sampai dari al-quran dan hadis jika tidak guru itu berlajar dengan gurunya jugak. maka tiada sebab untuk ulamak ditolak kerana hnya dengannya kita mampu berlajar agama. hanya yang ada ilmu berkaitan agama adalah ulama dan hanya pakai berubatan yang tahu ubat yang sesuai dengan persakit.



5. pada siapa kita mengetahui huraian hukum, ibadah dan segala isi Al-quran dan makna hadis2 itu jika tiada ulamak yang menghuraikannya. dan adakah selayakkan kita menolak dan mengkeji ulamak. mereka telah banyak berjasa dalam agama, mereka mentafsirkan makna dari Al-quran dan hadis. siapa mampu untuk memtafsir selain mereka walau pun sebaris dan sepotong atau sehuruf alif. maka sesungguhnya ulamak tidak sesekali boleh ditnggalkan kerana melalui mereka datangnya islam, Al-quran dan hadis sampai pda kita pada hari ini dengan Izin ALLAH Taala.

Lupakah kita, kalah atau menangnya ulama rabbani itu mereka semua dipimpin atas petunjuk Allah.
“Jika apa yang engkau serukan kepada mereka sesuatu yang terbentang luas dan mudah diperolehi, destinasinya tidak begitu jauh, tidak sukar menuju matlamatnya. Nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu. Tetapi tempat yang hendak dituju (bagi redha Allah) itu jauh bagi mereka (sehingga ada yang terkandas)...” [ Surah At Taubah:42 ].

maka bersama ulama pasti akan selamat bererti bahawa ilmu agama mereka yang diliputi dengan ilmu Al-quran dan hadis dengn akhlak2 Rasullullah S.A.W. maka jika kita mengikuti apa yang mereka ajar maka tiadalah kesesatan baginya.
Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT, dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” (0040) Sahih Ibnu Majah.




sedikit catatan kingkas:

1. Pendakwah tidak semestinya ‘alim. Ibarat penjual sesuatu produk tidak semestinya arif segala perkara yang dijualnya. Pendakwah ibarat yang mempromosikan produk Islam. Tetapi yang mengerti produk itu sendiri adalah seorang ‘alim. Ada juga yang mengerti produk, tetapi tidak tahu mempromosikannya. Maka ulama yang hebat lazimnya memiliki kedua-dua kemahiran ini.

2. Gulungan ijazah bukan isyarat seorang itu ‘alim atau tidak. Tetapi syarat nak jadi ‘alim mesti belajar. Zaman kita biasanya bila belajar di sebuah institusi, dapatlah gulungan ijazah. Begitupun tidak semua yang dapat gulungan ijazah itu benar-benar belajar. Fahamilah.

3. Ulama ada pelbagai peringkat. Dari sehebat seorang Mujtahid Mutlaq sehinggalah seorang mufti, sampai kepada seorang ‘alim biasa.

4.Sebuah hadis yang sahih menjelaskan kelebihan orang yang ‘alim itu akan didoakan keampunan baginya oleh seluruh makhluk yang berada di langit dan di bumi. Untung bukan? Siapalah kita.









sekian wasalam.

No comments:

Post a Comment