. Assalamualikum. W.b.t. Segala puji bagi Allah taala, yang memberikan rezeki dan nikmat iman dan islam kepada kita. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah taala. Selawat dan salam atas junjungan besar nabi muhammad s.a.w yang membawa cahaya keseluruh alam jaga menyempurnakan akhalak manusia seklian. Insyaallah kali ini saya akan menulis satu petikan dari sebuah buku yang bertajuk apa ertinya saya menganut islam tulisan fathi yakan berkaitan cara mengatasi godaan syaitan.
Bagi membantu manusia menghadapi hasutan syaitan dan serangan-serangan Iblis, islam telah menunjukkan kepada manusia berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi pertarungan dengn syaitan seterusnya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Cara tersebut dirumuskan oleh seorang dari para salihin dengan katanya: 'saya telah merenung dan memikirkan cara'cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia ternyata ia masuk kedalam diri melalui sepuluh pintu.
Pertama: Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.
Kedua: cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu saya menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.
Ketiga: cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku menghadapinya dgn keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.
Keempat: kagum terhadap diri sendiri ('ujub), lantas saya menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yang buruk.
Kelima: memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu saya menghadapinya dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.
Keenam: Hasad (dengki), lalu saya menghadapinya dengan sifat berpada(qanaah) dan reda terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya.
Ketujuh:Riya' dan sukakan pujian orang. Lalu saya menghadapi dengan ikhlas.
Kelapan: Bakhil (sedekut), lalu saya menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada disisi Allah.
Kesembilan: Takabbur (membesarkan diri), lalu saya menghadapinya dengan rasa tawadhuk.
Kesepuluh: Tamak-haloba, lalu saya menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan disisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.
Di antara arahan-arahan yang di anjurkan oleh islam sebagai jalan untuk mengelak serangan dan tipu daya syaitan ialah agar sentiasa seseorang itu mengingati Allah apabila memulakan setiap perkerjaan. Satu riwayat dari Abu Hurairah berhubung dengan hal ini menyebutkan:' syaitan bagi orang-orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang-orang kafir, lalu didapati syaitan bagi orang- orang kafir dalam keadaan gemuk-montel sedangkan syaitan bagi orang mukmin dalam keadaan kurus kering bertelanjang dan kusut masai. Lalu syaitan bagi orang-orang kafir itu bertanya kepada syaitan bagi orang-orang mukmin. Kenapa kamu kurus-kering. Lalu ia menjawab:' aku bersama seorang lelaki yang apabila makan ia menyebut nama Allah lalu aku terus kelaparan, apabila minum ia menyebut nama Allah lalu aku akan terus dalam keadaan dahaga, apabila ia memakai pakaian ia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus bertelanjang. Apabila ia memakai minyak rambut juga ia menyebut nama Allah menyebab aku terus kusut masai'. Kemudian syaitan bagi orang-orang kafir itu berkata: 'tetapi aku bersama lelaki yang tidak berbuat demikian sedikitpun, maka bolehlah aku berkongsi makan, minum dan pakaian dengannya'.
Di antara cara-cara untuk dijadikan kubu pertahanan menghadapi tibu daya dan godaan syaitan ialah dengan cara:
1. Janganlah terlalu kenyang apabila. Makan meskipun menghadapi makanan yang baik dan halal kerana Allah berfirman: 'makanlah dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebihan'. (suruh al-araf 7: ayat 31)
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam juga bersabda mengingatkan : 'sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan' (hadis riwayat ahmad)
2. Membaca Al-quran, berzikir dan mengingati Allah dan memohon keampunan sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w : 'sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalaianya ke atas hati anak adam, maka jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah syaitan akan mengunyah hatinya'. (hadis riwayat ibn abi dunya).
3. Tidak tergopoh-gapah dalam sebarang perkerjaan kerana mengingati pesanan Rasulullah: 'bergopoh-gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati iti dari Allah'.
Sebenarnta ruang ini adalah terbatas untuk menyebut semua sebab, 'amal-amal dan pesanan -pesanan dan godaan syaitan.
Memadailah disini kitta melihat firman Allah: 'sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahannya (sedar kembali)' (surah Al-Araf 7 : ayat 201).
Insyaallah semoga dapat kita belajar bersama-sama dan beramal agar kita tidak bersahabat dengan syaitan, tapi menjadikan syaitan ini musuh yang nyata bagi sekelian umat islam. Wasalam.
No comments:
Post a Comment