Sunday, 30 September 2012

akhlak ahli sunnah wal jamaah

                salam, dan selawat atas Rasul junjungan mulia dan selawat diatas ahli keluarga baginda dan para sahabt2 baginda nabi yang berjuang bermati-matian menegakkan islam dimuka bumi ini, semoga penyampaian ini mampu membuka minda pembaca agar setiap sesuatu kita membicarakan dengan berakhlak yang baik dan akhlak terbaik adalah akhlak terpuji Rasulullah S.A.W.


              insyaallah bersama kita berpegang dengan pegangan aqidah yang satu aqidah junjungan Nabi S.A.W. dan para sahabat yang di muliakan ALLAH taala. jugak kita berdoakan agar kita mampu berakhlak dengan akhlak Nabi junjungan yang Mulia. penulisan saya pada kali ini sebagai nasihat bersama pada sahabat dan diri saya berkaitan akhlak menegur dan memberi nasihat atas kesalahan dan kesilapan seorang sahabat, ustaz jugak ulamak. sekarang saya melihat akhlak ini mulai hilang didalam memberi nasihat amat mengejutkan sikap dan pendapat ustaz dan juga bergelar ulamak mencerca ustaz yang tidak berpendapat sama sepertinya dengan terus memcerca tanpa bertanya kesahihan pada ulamak dan sahabat. ini adalah masalah yang akan menimbulkan pergolakan pada orang awam yang melihat situasi ini dan mereka akan menilai akhlak ustaz ini. menyebabkan gejala fitnah menular dan cercaan dimulut orang awam pada ustaz dan ulamak ini akan mengalir laju.

             Pada masa ini juga dengan peredaran media massa yang sangat pantas memudahkan penyampaian maklumat yang tidak baik juga yang baik. beredar di laman2 sosial terutama laman muka buku, yang lebih teruk apabila orang awam mula menilai dengan menilai akal orang awam ini pada ilmu ulamak dan ini membawa fitnah yang besar pada orang awam. bagi pendapat saya sebagai orang awam selayaknya seorang ulamak atau ustaz patut bertemu muka berbincang masalah dan pendapat yang mungkin ada sedikit kesilapan dan bertanya akan kesahihan dahulu dan jangan terus mengumumkan pada umum bahawa ustaz atau ulamak ini terus kafir dan murtad tanpa dipastikan dengan bertanya dan memberi nasihat dahulu. walaupun ilmu saya tidak seberapa saya melihat akhlak ulamak yang berpegang pada ilmu para rasul S.A.W. iaitu golongan salafi  yang soleh berakhlak dalam menyampaikan ilmu juga memberi teguran bukan terus memyesatkan ulama atau sahabat2 mereka yang memberi pendapat yang salah. mereka terus bertanya akan kenyataan yang disampaikan dengan penuh beradab dan juga bila ada kesalahan mereka menegur dan memberi nasihat yang bila kita dengar hati kita akan sayu dan mudah menerima nasihat itu bergitu lah akhlak seorang ulamak yang patut ditunjukkan pada orang awam.

          "sesungguhnya ulamak pewaris ilmu, akhlak, sikap dan aqidah para nabi. maka ikut lah mereka." kita sebagai orang awam semestinya ingin mengikut akhlak dan sikap seperti mana sifat Rasul dan pada siapa lagi kita nak dpatkan semua ini kecuali pada para ulamak itu. adakah layak mereka digelar ulamak apabila mencerca antara satu sama lain. sebenarnya penselisihan pendapat ini mestilah disatukan dengan akhlak terpuji, saya suka melihat dan mendengar kisah ulama tersohor ikhwan muslimin iaitu imam hassan al banna dalam meleraikan ketidak samaan fikrah dalam siasahnya pada umat islam pada masa itu agar bersatu dalam menegarkan sunnah yang lebih besar iaitu menegakkan negara islam dan perudangan islam. sepatutnya iktibar dan sebagai ikutan kita bahawa imam hassan al banna berpegang dengan ikutan salaf yang baik dengan akhlak terpuji. Jangan kita hanya sibuk membahaskan perkara cabang tapi sepatutnya kita selesaikan yang lebih utama bahawa akhlak remaja muda mudi yang pada masa ini sudah jauh dari akhlak dan sikap golongan dahulu. agar kita bersatu demi memakmukan islam juga bersatu agar tertegakkannya islam dimuka bumi ini.
       
         Jika anda ustaz yang mahir dalam fikah maka jangan kamu mengutuk ustaz2 haraki yang mereka berjuang menegakkan islam melalui perjuangan jihad sepatutnya bersatu atas landasan yang satu agar ulamak yang mahir fikah bergabung bersama ulamak haraki mewujudkan jemaah dan kesatuan yang kuat dalam menegakkan islam dibumi Malaysia ini. lihat sebagai maka sikap ulamak ini Imam Hassan Al Banna bersama kebenaran di mana sahaja, beliau gemar melakukan permuafakatan dan benci kepada anasir kasta dalam masyarakat Islam. Baginya, cubaan yang paling berat kepada umat Islam ialah perpecahan dan pertikaian, sedangkan asas kemenangan itu ialah kesatuan. Natijah tidak akan berakhir dengan baik kepada gerakan Islam yang berpecah, melainkan jika mereka memulakan langkah awal dengan perpaduan dan ukhuwwah.
Sesungguhnya Imam Malik RA telah berkata kepada Abu Ja'far , “Para Sahabat Rasulullah   SAW  telah bertebaran di beberapa buah kota. Di setiap perkampungan masing-masing mempunyai ilmu (hujjah) tersendiri, maka apabila engkau hanya mengagungkan satu pendapat sahaja nescaya akan berlaku fitnah”.

         Juga kita melihat cara ustaz imam hassan al banna dalam menyelesaikan perkara cabang apa kata beliau yang menerima soalan dari golongan yang selalu berselisihan pendapat dalm perkara kilafiah dan apabila ditujukkan soalan seperti ini lihatlah kebijaksanaan imam hassan al banna ini menyelesaikannya.
“Apakah hukum solat tarawih?”
“Sunat, diberi pahala orang yang memperbuatnya dan tidak diseksa orang yang meninggalkannya”,  jawab mereka.
Beliau bertanya lagi : “Apakah hukum memelihara ukhuwwah sesama Islam?”
“Wajib (menjaga ukhuwwah) kerana ia merupakan urat dari sendi-sendi iman”, jawab mereka.
Lalu beliau berkata : “Adakah wajar dalam syariat Allah yang suci ini, kita abaikan yang wajib kerana hendak memelihara yang sunat? Seandainya kamu tetap memelihara ukhuwwah dan perpaduan kamu, dan kamu balik ke rumah kamu agar tiap-tiap orang daripada kamu mengerjakan solat tarawih mengikut bilangan yang dianggapnya lebih kuat dalilnya, 8 rakaat ataupun 20 rakaat, itu adalah lebih baik daripada kamu berbantah-bantah pada perkara yang tidak ada mustahaknya”.
Saya (Yusuf Al Qaradawi) pernah menceritakan peristiwa ini kepada seseorang, tetapi persoalan lain pula ditujukan kepada saya,“Kenyataan (Imam Hasan Al Banna) adalah petanda melarikan diri dari kebenaran, sedangkan menjelaskan sunnah yang sebenar ialah menjauhkan diri dari bid'ah sebagai urusan yang wajib dipertahankan”.
Saya menjawab, ”Perkara ini adalah luas, dan saya walaupun mengerjakan solat tarawih hanya 8 rakaat, tetapi saya tidak mengatakan bid'ah kepada orang yang mengerjakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat”.
Kemudian itu dia berkata lagi, “Tetapi memastikan kesahihan sesuatu hukum itu adalah wajib dan tidak sepatutnya kita lari menyatakan kebenaran”.
Saya menjawab, ”Benar, apabila perkara itu berkisar di antara yang halal dan yang haram, di antara yang hak dengan yang batil. Adapun perkara-perkara yang menjadi perselisihan pendapat dalam aliran-aliran feqah, di mana masing-masing mempunyai hujjah yang pelbagai, dan perkara itu biasanya berkisar di antara yang harus dan yang lebih afdhal, maka tidak ada sebabnya kita bersikap keras dan menyusahkan orang untuk berpegang dengan satu pendapat sahaja”.Inilah yang telah ditetapkan oleh para ulama yang bersikap adil dan wasatiyyah". 

           maka bersamalah kita para perjuang islam agar bersatu didalam tunjang aqidah dan akhlak yang satu yang diatas nama kesatuan jemaah ahli sunnah wal jamaah. bukan kerana nama kita diterima masuk syurga tapi kerana sikat kita yang mengikut sikap Nabi S.A.W maka kita akan berjaya di akhirat nanti. bukan  kerana nama kita islam kita masuk syurga tapi kerana apa yang kita buat mengambarkan kita islam maka tiada lain lagi melainkan janji ALLAH taala pada hambanya syurga lah selayakkan bagi hambaku yang beriman pada ALLAH taala.

 ingat lah sedikit pesanan imam hassan al banna:

                           10 Wasiat Asyahid Hasan Al-Banna kepada penggerak daawah:
  1. Bangunlah segera untuk melakukan sholat apabila mendengara adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
  2. Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran atau dzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau membazirkan  waktumu dalam menyelesaikan masalah yang tidak bermanfaat.
  3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.
  4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam  pembicaraan sebab ia tidak akan mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tenteram.
  6. Jangan banyak bergurau karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh.
  7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti orang yang mendengar.
  8. Jauhilah dari membicarakan keburukan orang lain atau pertubuhan lain  atau melukai perasaan orang lain dalam bentuk apapun. Usah berbicara kecuali yang baik.
  9. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama).
  10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya kesuntukan waktu, maka manfaatkanlah waktu yang ada dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya.




           

No comments:

Post a Comment