FIRMAN
Allah SWT yang maksudnya: “Aku tidak berupaya untuk melakukan apa saja
yang dikehendaki, tetapi terpulang kepada-Mu, wahai Tuhanku.” (Surah
Al-Maidah, ayat 118)
Diriwayatkan
dalam satu hadis bahawa pada satu malam, Rasulullah SAW bersembahyang
dengan hanya membaca satu ayat ini saja iaitu firman Allah yang
bermaksud: “…Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka
adalah hamba-Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka,
sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Maidah,
ayat 118).
Sepanjang malam itu Rasulullah SAW hanya membaca ayat ini saja pada setiap rakaat sembahyangnya. Diriwayatkan Nabi SAW membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini.
Aku tidak berupaya untuk melakukan apa saja yang dikehendaki, tetapi terpulang kepada-Mu, wahai Tuhanku. – Surah al-Maidah, Ayat 118
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-’As, bahawa Rasulullah SAW membaca ayat ini dan setelah selesai sembahyang dia mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, “Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku…”

Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan Malaikat Jibrail.
Allahlah
Yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh Nabi-Nya, bersimpati
dengan umatnya sekali gus kasih kepada umatnya, lebih daripada ibu bapa
sayang kepada anaknya.
Ibu bapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian di atas dunia ini saja.
Apabila mati, tidak diingat lagi. Adapun Nabi SAW sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat. Tetapi Allah lebih lagi daripada itu.
Apabila mati, tidak diingat lagi. Adapun Nabi SAW sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat. Tetapi Allah lebih lagi daripada itu.
Berdoa
sepanjang malam, setelah membaca ayat itu sepanjang malam dan berdoa
sambil mengadu apa kesudahan umatnya, lalu Allah mengutuskan Malaikat
Jibrail.
Allah
berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan
Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai
Muhammad.
Bagaimanapun,
Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam diri Nabi SAW tetapi Allah
tetap mengutuskan Malaikat Jibrail untuk bertanyakan perkara itu.
Rasulullah SAW memberitahu kepadanya, Baginda mengadu kepada Allah
berkenaan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.
Lalu
Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai Jibrail, pergilah berjumpa
dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami reda kepadamu
dan umatmu dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan
umatmu.”
Diriwayatkan
dalam satu hadis lain bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Diberitahu kepadaku bahawa seramai 70,000 di kalangan umatku masuk
syurga dengan tiada hisab dan setiap orang daripada 70,000 ini diikuti
oleh 70,000 orang yang lain, masuk syurga dengan tiada hisab.”
Diberi
syafaat oleh 70,000 orang ini disamping syafaat Nabi SAW yang diberikan
kepada umatnya. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibu Kathir dalam
tafsirnya sebagai tambahan daripada hadis ini bahawa Allah memberi
keistimewaan di mana Dia tidak akan memperlakukan keburukan kepada umat
Muhammad.
Dengan
syarat umat Muhammad itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah, jangan
membatalkan dua kalimah syahadah, jangan melakukan perkara yang
membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi SAW seperti disabdakan
Baginda yang bermaksud, “peganglah dengan gigi geraham kamu”.
Ajaran Rasulullah SAW itu bukan saja dipegang dengan tangan bahkan dipegang dengan gigi geraham (dengan kuat) tidak berganjak.
Tidak
undur walaupun sedikit daripada ajaran Nabi SAW. Jika seseorang itu
mempunyai dosa, ada harapan mendapat syafaat Rasulullah SAW serta
mendapat rahmat yang diberi Allah kepada umat Muhammad SAW

No comments:
Post a Comment