Saturday, 16 June 2012

Mencari Cahaya Ilahi

alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH pencipta sekelian alam,

 "bila kita fikirkan kita akan melihat dunia ini umpama mesin yang memutarkan ramuan, tetapi matlamat mereka sama, ku lihat dunia sudah hampir menemui masa dan sudah kepudaran rupa, ku liahat manusia disaat ini mula lupa dan alpa tiada beza hidup mereka seperti haiwan rimba, sistem hidup mereka hampir sama, berkerja untuk mencari makan dan tempat tinggal tanpa matlamat untuk akhirnya, sejenak ku berfikir ku renung apakahan bezanya manusia dan haiwan bila keduanya tidak memikirkan akhirat, mereka belajar mengenal dunia namu mereka terlupa mengenali akhiratnya. ku tunggu dan terpikir apakah aku dicipta untuk hanya didunia, ku melihat mereka pun sama sahaja matlamat mencari dunia, kusedari bahawa kehidupan ini sementara sahaja kerana kulihat dunia ini penuh penipuan da  kekejaman, alangkah betul jika dunia ini jadi tempat rehat mu, lihat sahaja yang baik akan dihina dan dijatuhkan, yang baik tidak dapat memerintah dan menang dalam peperangan, adakah saudara ku sedar di saat ini bahawa kita tertipu denagan dunia, mereka mengatakan dunia tempat kemewahan abadi, rupanya mereka silap, masih ada satu dunia yang abadi dan didalam dunia itu baik akan menang dan yang jahat akan dihukum, yang miskin akan mulia dan yang kejam akan di azab, adakah di saat ini aku jauh darimu adakah saat ini ku mampu pulang kepada mu.

" Ya ALLAH ku tahu menyebut nama  Mu dalam doaku , di saat ini YA Rahman ku memohon padamu atas kemuliaan Mu wahai pencipta langit dan bumi engkau bukakanlah hati kami bagi melihat dunia ini sebagai singgahan dan akhirat itu istirehat kami yang sempurna, YA ALLAH hidupkan aku didalam iman dan matikan aku didalam keimanan agar kutahu kelemahanku bila aku melupakan Mu, YA ALLAH di saat ini ku memohon keampunan pada Mu, disaat ini hati ku takut dan lemah kepadaMu dekatkan lah aku pada hidayah MU, agar aku menjadikan hari-hari ku penuh bermakna bukan sekadar hidup untuk kerja dan makan tapi hidupku untuk mencari bekalan didunia untuk dibawa keakhirat dan hanya satu mahu dari MU redoi lah aku sebagai hamba MU, ku tahu walau bagaimana pun banyak pahala tapi tanpa redoi mu ku sesat selamanya". berakhirlah fikiranku pada mengigati diriku padaMu

No comments:

Post a Comment